Sunday, 29 May 2016

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL - PROSES KEMASUKAN

 
Berikut adalah proses atau prosedur untuk kemasukan ke hospital untuk panel Prudential BSN Takaful. Biar gambar berbicara. 
 
 
 
 
 
 
call/pm/whatsapp

012.443.4377
Nuhairi Omar

JADI EJEN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

                


“Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Jadi Ejen Prudential BSN sama ada Part Time atau Full Time, jom sertai kami di enzogroup. kami akan didik anda sampai berjaya. Berikut adalah syarat-syarat minimum yang perlu dipenuhi.”


CAREER-PART


Permohonan Ejen Prudential BSN
Syarat Kelayakan (minimum)

  • Pemohon mestilah berumur antara 18 tahun hingga 55 tahun
  • Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR)
  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (minimum lulus 5 matapelajaran)
Ramai orang yang saya jumpa dan berkongsi cerita mengenai kerjaya sebagai seorang perancang kewangan…atau lebih senang ejen insurance…tidak tahu secara mendalam bagaimana pendapatan sebagai seorang ejen prudential bsn. Yang biasa diorang tau, commission dapat 6 tahun. Itu sahaja….kalau dengar memang lumayan, tapi ada juga term and conditionnya. Di sini saya akan kongsikan peluang pendapatan apa bila anda menceburi bidang ini.
Ok, cuba kita lihat gambarajah di atas ni. Figure di atas ini adalah anggaran dengan kiraan seperti berikut.
Dalam sebulan ada 30 hari. Katakan lah anda bekerja 6 hari seminggu (sebab kerja sendiri, kena le kerja kuat tahun pertama buat business). Jangan samakan dengan kerja dengan orang. Kalau kerja dengan orang boleh kerja kuat, takkan kerja untuk diri sendiri nak malas2.
Ok, berbalik kepada statement tadi. 6 hari seminggu. Sebulan ada 4 minggu. Secara purata (agent yang biasa2 je performance dia)….seminggu dapat 3 cases (Nota : 1 case = 1 client = 1 policy terjual). 1 case premium RM 150 sebulan. Commission utk tahun pertama dan kedua 25%.
Ok, secara ringkasnya
– 1 Bulan 4 minggu
– 1 minggu 3 cases
– 1 case RM 150 sebulan
– Commission 25%

Total cases sebulan adalah 4 minggu x 3 cases seminggu = 12 cases. (saya amik contoh 10 cases sahaja sebab kekadang kita tak dapat seperti yang kita jangkakan…
Commission 25% x 150 (premium sebulan) = RM 37.50 utk satu case. Kalau 10 cases = RM 375.
Jadi,
Bulan ke-1….Rm 375…sila rujuk rajah di atas.
Bulan ke -2 *(client amik insurance akan bayar premium setiap bulan utk tempoh yang lama….20 tahun, 30 tahun dan sebagainya, jadi payment bulan sebelumnya still berjalan). Di tambah lagi dengan 10 cases yang baru i.e biasa di prudential kita panggil New Business. Berapa kita punya income bulan ke-2? production sama macam bulan pertama. Sebulan 10 cases sahaja. Income kita naik Rm 375 , total = RM 750.
Bulan ke-3, sama juga kita dapat 10 cases (New Business) dan income akan naik lagi Rm 375.
Bulan-bulan seterusnya….pertambahan demi pertambahan setiap bulan. Lihat gambarajah.
Itu baru tahun pertama. Untuk pengetahuan semua, tahun ke-1 dan tahun ke-2 commission sama 20%+5%.. Jadi kalau tahun ke-2, kita buat method yang sama, income sebagai agent pada tahun ke-2 adalah 2 kali ganda daripada tahun pertama. So, lihat sahaja perbezaan penambahan income sebagai agent insurance dibandingkan dengan increment kalau kita makan gaji.
Mungkin anda masih ragu2. Seperti yang saya citer di atas. Percaya atau tidak, saya dah laluinya..dan ramai yang dah laluinya…dan saya sekarang trained agent saya untuk melaluinya.
Tidak dinafikan, mungkin dalam ramai2 client yang kita dapat, ada yang tak mampu nak teruskan…so, kalau dah ditolak dengan orang yang stop dan tak mampu nak buat bayaran premium…katakan lah income kita tahun ke-2 sepatutnya RM 9,000 (refer gambarajah di atas)…tapi sebab ada yang dah tak bayar, income kita drop kepada RM 7,500 sebulan.
Tapi perlu diingat, setiap bulan kita mencari client baru,….so, income kita tetap akan bertambah.
Income yang saya sebutkan ni tak termasuk dengan bonus dan incentive yang company bagi dalam bentuk contest cash…So, baru tahun ke-2…masuk tahun ke-3…tahun ke-4. Kalau ikutkan track record agent yang join kami, dalam masa 3 tahun atau 4 tahun, income mereka akan mencecah 5 angka setiap bulan. Dan naik setiap bulan..
Bonus kalau dengan performance seperti contoh di atas..anda layak mendapat 13% dari jumlah sales…kalau setahun sales dalam RM 216,000.
Macam mana nak dapat 216,000 tu?
Macam nie kiraannya
(150 premium sebulan x 12 bulan = 1,800 untuk satu case). Kalau 10 case sebulan…10 case x 12 bulan = 120 cases setahun.
Total production : 1800 x 120 = 216,000.
Potential bonus : 13% x 216,000 = RM 28,080.
Bonus akan diberikan 2 kali setahun, secara ringkasnya amount 28K tu dibahagikan kepada 2…iaitu 1/2 akan dibayar pada 21/01 dan 1/2 lagi pada 21/07 setiap tahun. So, bonus 6 bulan sekali….Ini tak termasuk commission yang anda dapat setiap bulan.
Kalau anda lihat, dari segi growth…mungkin ada yang mengatakan, buat insurance lambat kaya, lebih baik buat MLM atau Unit Trust, sebab diorang dari segi income cepat dapat 5 angka. Mungkin dalam bulan 3-4 dah boleh cecah 5 angka….tapi, berani saya katakan…kalau insurance nie, katakan anda dah mencapai income stabil dalam RM 4,000 ke RM 5000 sebulan…tetiba anda tak sihat dan terpaksa berehat sampai 2-3 minggu. Then selepas sihat, start kerja tak de sales…income tetap masuk 4-5K….tapi kalau business lain bagaimana? Bukan saya nak condemn MLM or Unit Trust (memang tak dinafikan, business mereka juga hebat). Saya cuma berikan contoh secara umum. Sebab saya selalu sangat ditanyakan oleh prospect agent mengenai perbandingan business insurance dengan 2 jenis business ini i.e MLM dan UT. Ini hanyalah pendapat saya sahaja. Sebabnya, ada beberapa agent Unit Trust join saya disebabkan apa yang saya cerita di atas. Beliau kena demam denggi, 2 minggu masuk wad, dan lepas keluar wad, badan lemah2, tak boleh nak buat sales. Akhirnya, bulan depannya, cucuk duit kat ATM..commission ‘0’. Then, selepas itu baru beliau sedar, mengenai apa yang saya nyatakan di atas.
Ini saya hanya cerita income potential sebagai agent, belum sebagai Unit Manager, Agency Manager, Senior Agency Manager lagi.
Akhir sekali, apabila anda dah tahu macam mana nak cari duit dan kumpul duit…baru le mudah nak buat investment yang lain….




jjpkop 

maklumat lanjut

call/pm/whatsapp

012.443.4377
Nuhairi Omar

JENIS PAMPASAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Menjadi tanggungjawab saya, untuk memastikan pelanggan saya di lindungi dan faham benefit apa yang mereka bayar. Saya akan cuba untuk menerangkan dalam bentuk paling mudah supaya mereka akan tahu apa yang boleh dituntut dalam polisi Takaful/Insuran lebih lebih lagi Prudential BSN Takaful polisi. Terdapat 5 manfaat pampasan utama:


1. Manfaat Kemalangan
Ini biasanya di letakkan dalam perlindugan asas atau utama. Ia meliputi hilang upaya kekal dan kematian yang disebabkan oleh kemalangan sahaja. Kemalangan termasuk kemalangan kereta, jatuh, dan lain-lain Biasanya ia membayar dua kali ganda jumlah jumlah diinsuranskan jika kematian akibat kemalangan yang berlaku di sebuah pengangkutan awam (bas, kapal terbang penumpang, LRT)
Ia adalah lebih murah untuk mendapatkan polisi kemalangan ini sebagai pelan tunggal daripada syarikat-syarikat Insurans Am.
Kebanyakkan orang hanya mempunyai jenis ini secara tak sedar.Kenapa ??inilah pelan yang biasa dijual di dalam talian atau telemarketing, sedar tak sedar pemotongan di akaun bank anda telah di buat.bila anda kata setuju. Anda tidak menyedari bahawa anda benar-benar pergi ke medan  perang dengan senapang tanpa peluru, tanpa kalis jaket, tiada topi keledar, tadak apa-apa! Jika anda hanya ada pelan ini sahaja.


 2. Manfaat Hospital dan Pembedahan (Medical card / Kad Perubatan )
Manfaat ini meliputi semua atau kebanyakan jika tidak semua perbelanjaan perubatan anda di hospital.
Kos harga Bilik dan katil RM150/200/500/1000 sehari .Mempunyai Harga Limit Tahunan dan Seumur Hidup dari 70 ke 100 tahun. Kad Perubatan bukanlah kad kredit dan ia tidak mempunyai wang di dalamnya! Jika ia adalah kes genuine, tidak akan ada masalah untuk mendapatkan Surat Jaminan daripada syarikat Takaful apabila anda dimasukkan ke hospital. Walau bagaimanapun, Syarikat insuran/Takaful  mempunyai hak untuk menyiasat sebelum mereka membayar tuntutan. Sebenarnya terdapat berbagai-bagai jenis kad perubatan,semuanya baguih dan the best in the world bak kata ejen-ejen ,,yang tak baguih nya  tuu syarikat insurance/takaful  depa tuuu..Sebab itu penting  berjumpa ejen tahap mahguru  untuk mengetahui  Rahsia dan TIPS memilih kad perubatan

 
3. Pampasan 36 Penyakit Kritikal ( Serangan Jantung,strok,cancer dan lain-lain)
Ia berbeza dari kad perubatan. Manfaat ini dibayar secara sekaligus ke akaun kita atau dalam bentuk cheque, tetapi tidak ke hospital. Tujuan manfaat ini adalah untuk menggantikan daripada kehilangan pendapatan apabila kita mengambil cuti panjang untuk rawatan perubatan.dan juga ubat-ubatan luar/suppliment selepas membuat major pembedahan etc kimoterapi dan major surgery.

Nasihat saya jumpa lah ejen yang boleh memberi penjelasan tentang tahap dan definasi pada pampasan ini.kerana pampasan 36 penyakit telah di “standardized” oleh Life insurance Associate Malaysia Pada Tahun 2002 dalam satu definasi dan tahap  bagi semua syarikat insurance/Takaful di malaysia


4. Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
TPD atau pun Total permenant Disablement atau hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah kes yang sangat kritikal. Selepas seseorang menjadi TPD, ia boleh ditakrifkan bahawa dia kehilangan upaya untuk mencari nafkah mahupun meneruskan kehidupan lebih lebih lagi mempunyai tanggungngan yang ramai. Terdapat 2 bentuk manfaat bagi TPD:

a) Sekali Gus – manfaat ini biasanya disertakan apabila anda membeli polisi untuk 36 Penyakit Kritikal.


b) Anuiti/Tahunan – Ini adalah pampasan yang berasingan yang akan membayar anda pampasan tahunan. Anda juga boleh mendapatkan perlindungan dari Prudential BSN secara tahunan iaitu Disability Provider. Walau bagaimanapun terdapat had maksimum setahun bagi setiap hayat yang diinsuranskan bagi setiap syarikat insurans dan Takaful. Jika pendapatan anda adalah lebih daripada itu, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli polisi yang berbeza daripada syarikat insurans yang berbeza untuk mendapatkan perlindungan menyeluruh.




5. Kematian Semulajadi
Tidak kira bagaimana anda mati, company masih akan membayar kepada keluarga anda manfaat kematian ini,jika di Prudential BSN bentuk pampasan boleh di hibahkan kepada waris.Terpulang kepada komitmen individu dan berapa banyak pampasan mahu di berikan kepada waris. Sebagai contoh, seorang bapa mempunyai isteri menjaga anak 1 tahun sepenuh masa, ia adalah dinasihatkan untuk diinsuranskan untuk sekurang-kurangnya perbelanjaan keluarga sehingga 25 tahun.atau pon boleh juga dikaitkan dengan liability/hutang anda.




Contoh  Gaji bulanan Suami =RM5000, Isteri=RM4000

 Perbelajaan bulanan keluarga sebanyak RM 8000 setiap bulan di perlukan,

Dan si suami pula telah di takdirkan meninggal  akibat sakit jantung,

Adakah perbelajaan isteri tergangu  untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak????jawapan nya ada pada anda..inilah amanah yang perlu ditunaikan

Pampasan Kematian inilah sebenarnya dikira untuk mengganti kan pendapatan suami


call/pm/whatsapp
 
012.443.4377
Nuhairi Omar

Saturday, 28 May 2016

TIPS MEMILIH TAKAFUL

Ramai Rakyat Malaysia yang keliru macam mana hendak memilih company yang betul,product yang tepat, agent yang jujur ,budget yang sesuai dan banyak lagi tanda tanya atau persoalan apabila membeli insurance atau takaful di malaysia 
Tips:


1) Company Insurans dan Takaful Yang Betul
Mudah Sangat, Bila Kita beli insurans tentulah kita nak cari company yang senang bila process tuntutan dan yang betul,caranya mudah, pergi ke kaunter hospital dan tnya pada kaunter’kalau saya nak beli insurans company apa yang patut saya pilih”,dengan pemilihan company yang betul,dah tentulah company yang akan membayar tuntutan dan company yang kukuh serta stabil dari segi kewangannya.


2) Produk yang Betul
Sekiranya anda memilih product, pilihlah produk atau pelan yang memberikan tempoh perlindungan maksimum, Kenapa?? sebab purata jangka hayat rakyat malaysia adalah 75 ke 80 tahun. Jadi pilihlah tempoh matang yang panjang seperti 80tahun. jika anda memilih tempoh matang hanya 50 tahun atau 55 tahun,anda mungkin menghadapi RISIKO kehilangan wang Simpanan atau Simpanan Persaraan anda jika penyakit menyerang selepas 55 tahun selepas polisi anda tamat..kos-kos rawatan dan  pembedahan anda tidak lagi di lindungi oleh company insuran atau pelan tersebut kerana tamat tempoh sebelum sakit.Kami prudential bsn takaful menawarkan pelan yang flexible untuk setiap peringkat umur.


3) Budget yang Betul
Bagi Saya Budget Adalah Sangat Penting untuk membeli pelan atau produk takaful. Biasanya diantara 5%-10% daripada Pendapatan anda. Polisi terbaik bukan ukuran dari harga premium yang tinggi tetapi yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda..yang lebih penting anda boleh membayar premium dan menggunakan manfaat yang ada di dalam polisi tersebut sekiranya terjadi musibah atau kecemasan.HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT,TIADA PAKSAAN DALAM JUAL BELI DALAM PRUDENTIAL BSN TAKAFUL  ..tugas saya hanya untuk menerangkan kepada anda dan TUGAS ANDA ADALAH UNTUK MEMBUAT ANALISA  DAN MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK DIRI SENDIRI SERTA ORANG YANG DI SAYANGI.

Hubungi kami untuk penjelasan yang lebih tepat.

call/pm/whatsapp
012.443.4377
Nuhairi Omar









36 PENYAKIT KRITIKAL





Prudential BSN Takaful  Pampasan Sakit Kritikal

 


Pampasan Sakit kritikal dalam Prudential BSN Takaful bermaksud salah satu daripada sakit tersebut yang ditakrifkan secara berasingan di bawah yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran Lampiran yang mana terkini.


  1. AIDS
  2. ANEMIA APLASIA
  3. SINDROM APALIK
  4. PENYAKIT ALZHEIMER
  5. TUMOR OTAK BENIGNA
  6. BUTA
  7. PENBEDAHAN OTAK
  8. KANSER
  9. KARDIOMIOPATI
  10. PENYAKIT HATI KRONIK
  11. PENYAKIT PARU-PARU KRONIK
  12. KOMA
  13. PENYAKIT ARTERI KORONARI
  14. PEKAK
  15. ENSEFALITIS
  16. HEPATITIS VIRAL FULMINAN
  17. SERANGAN JANTUNG
  18. PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
  19. KEGAGALAN BUAH PINGGANG
  20. KEHILANGAN UPAYA HIDUP SENDIRI (BERDIKARI)
  21. KEHILANGAN PERTUTURAN
  22. KELECURAN MAJOR
  23. TRAUMA KEPALA MAJOR
  24. PEMINDAHAN ORGAN MAJOR
  25. PENYAKIT SISTIK MEDULARI
  26. MENINGTIS
  27. PENYAKIT NEURON MOTOR
  28. SKLEROSIS BERBILANG
  29. DISTROFI OTOT
  30. KELUMPUHAN
  31. PENYAKIT PARKINSON
  32. POLIOMIELITIS
  33. TEKANAN DARAH TINGGI ARTERI PULMONARI UTAMA
  34. STROK
  35. PEMBEDAHAN PADA AORTA
  36. LUPUS ERITEMATOSUS SISTEMIK DENGAN LUPUS NEFRITIS

KAD PERUBATAN Prudential Bsn Takaful

Pelan Prudential BSN Takaful  

Kesihatan anda adalah satu anugerah dan anda seharusnya mempunyai pelan yang menepati keperluan perubatan anda. Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), kami mahu anda menjalani kehidupan tanpa menjejaskan kesihatan anda
HealthEnrich direka untuk memastikan anda menerima rawatan perubatan yang tiada tandingan. Rasa yakin apabila anda menerima nasihat perubatan daripada pakar bertaraf dunia. Peroleh ketenangan sepanjang kehamilan dengan perlindungan komplikasi-komplikasi kehamilan yang eksklusif. Anda juga dapat menikmati keselesaan dan privasi melalui penginapan suite dengan pembantu khas yang memenuhi keperluan anda.



Semua kelebihan ini dan lebih lagi khusus untuk melengkapi gaya hidup anda.
Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk membantu anda memahami produk PruBSN dengan lebih baik.
Apakah HealthEnrich Prudential BSN Takaful?
HealthEnrich adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit luar. Pelan ini mempunyai 4 pelan : HealthEnrich VitalHealthEnrich SelectHealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier - dimana yang menyediakan kad perubatan individu untuk memberikan anda akses serta merta di salah satu panel hospital PruBSN.
Berikut adalah sedikit info tentang manfaat yang akan diberikan berdasarkan pelan HealthEnrich pilihan anda.

call/pm/whatsapp

012.443.4377 
Nuhairi Omar